Wednesday, January 30, 2008

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean(wakakkaakak lawak )

ahahahha.. aku dpt email ni dari kawan .. mmg betol sgt2 semuanya.. so for those who johorian atopun ade kawan2 johorian for sure perkara2 yg dikatekan di bawah ni adalah perkara2 yg dak2 johor buat.. wakakakaka.. bigor.....




10 Things You Should Know About A True Blue Johorean
Orang Johor tolong jawab! Betul ker erk?

1.. They end 9 out of 10 sentences with
Ekkk...
Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).
Contoh :-
Ni awak punyer
ekk?
Nama awak saper
ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik
ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.
Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.
Contoh :
Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?
So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata,
" Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everything that ends with
"AR" as "OR".
Contoh :
Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).
Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar,
BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.
Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour.
Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or
bigor **.
Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.
(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)

5. Diorang ada
ENDUT **.
Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.
Contoh ayat :
Haa...kau dah ada
endut yer ?
Kau
pergi berendut kat mana ?
Orang
berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....
Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.
Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.
Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita :
Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya "
Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.
Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .
Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.
Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler.
Ampun Tuanku !

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang
Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.
9. Tidur atas
LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!
When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (
Let your love flow), iklan lagu Coke ( I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.
(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)
Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!
Apa lagi EKK?

Kamus Johor :
Bongok
- bodoh
Bigor
- gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut
- makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut
- berpasangan.
Pergi berendut
- dating.
Botok-botok, bebotok
- sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca
- tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok
- cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

Friday, January 25, 2008

edisi meraban..

i just dunno what happen to me lately, liveless , -ve thinker(still),stress bla bla bla.. is dis because of my hormon or what.. arghhh!!!.. cannot think rite now..blank(sasau n bengong)..

i need to start something fresh in my life now.. i need to recharge myself.. i need a new step to begin sumthing that can change my life dis year.. i need sumthing.. being bored living in my hopeless world rite now.. being bored with myself..!@#%^*$%&&##$^$ (good words ahahhaha)..

hey brain start thinking!!!!! now!!!

Friday, January 18, 2008

Aku Anak Jati Johor Part 2..

eheheh... sambungan ceritera semalam... aku sgt teruja untuk menyambung story pasal daerah kesayangan aku iatu muar.. hehehe...



Jambatan muo pada waktu siang...

semalam tak sempat nak upload gambar ni.. semua gambar2 ni bukannlah dari simpanan sendiri tp aku ambil dari muar.net.. kredit to the person yg sediakan laman web untuk Muar ni.. ini jambatan yg menyambungkan antara Muar utara dan Muar selatan.. neway dah ade 2 jambatan skrg untuk memudahkan lagi penduduk2 muo untuk bergerak(hehehe) lagi satu jambatan minta maaf takde lagi gambo.. insyaALLAH balik muo kalo sempat lalu kat jambatan kedua muo tu aku snap pic ye..


Masjid lame bando muo...(terletak di Tanjung Mas)


Masjid Kedua Muo(terletak betol2 tepi sungai Muo)

Kedua2 masjid ni adalah yg terbesar dan terkenal di Muo... masjid kedua tepi sungai ni baru lagi.. the scenery sgt indah.. mendamaikan..




Durian tangkak

Mari makan2.. ehehehhe...

Durian tangkak mmg terkenal kat muo ni.. neway tangkak ni banyak dusun2 durian..so derang jual durian ni pon betol2 kat tepi dusun, so sesiapa nak ke highway mmg akan lalu tangkak ni... mmg banyak org jual durian tak kiralah waktu musim or tidak.. tp hati2 kalo nak beli mase takde musim ni .. kang kene tipu ehehe.. kalo nak murah beli mase musim durian.. D24 mmg pemes kat muo.. marvelous...



Abc dan rojak yg best dekat Tanjong Mas

eheheh semalam ade gambo mee bandong Muo jek kan? so hr ni tadaaaa... eheheh inilah dia abc n rojak yg pemes kat tanjong Mas muo.. kalo jalan2 dekat tanjong Mas ni jgnla lupa untuk merasa rojak n abc ni ye..



Otak2 muo

Kat muo ni pemes gak dgn otak2.. kalo kat selangor ni sure kite jumpe otak2 juga kan? tp nipis2 n sikit kan kan kan.. (hehehe) tp kalo kat muo kuantiti setiap otak2 ni lebih banyak .. kalo nak lagik besh rasalah otak2 JB..


Asam pedas Muo

eheheh jgn ingat kat Melaka je terkenal dgn asam pedas.. tp dekat muo juga terkenal dgn asam pedas muo yg tersendiri.. maklumla muo kan bersempadan dgn melaka.. sgt2 dekat dgn Melaka.. so tu yg terjangkit asam pedasnya.. istimewanya asam pedas muo ni ialah kuahnye pekat.. yg menyedapkan kuahnya ialah rempah2 didalamnya.. mak aku punya resepi letak daun kesom banyak2.. perghhhhhhh .. mmg tak pandang belakang la biler makan.. eheheheh.... slurppppp...

eheheheh dah banyak celoteh untuk hr ni.. insyaALLAH akan disambung lagi di masa akan datang.. banyak lagi cerita menarik tentang Muo.. jgn terliur ye kawan2 bile tgk all the foods serve here..(hahaha).. daaaa..

Thursday, January 17, 2008

Aku anak jati Johor



Aku bangga aku anak johor... eheheh tetiba rasa nak bercerita pasal negeri tmpat kelahiran aku ni.. semua org sayangkan negeri tmpat kelahiran kan? mcm tu jugak aku.. eheheh sudently aku sentimental.. apa2 pun meh aku ceritakan pasal hometown aku pulak ye... silekan.. masok2.. jgnla malu2.. alahai.. hepp jgn lupa bukak kasot anda ye.. ni umah org melayu bukan omputeh.. ahahahhaa


Jambatan muo pada waktu malam

Masa kecik2 dulu aku suka sgt lalu dekat jambatan muo pada waktu malam.. bisalah kecik2 dulu aku ni sawan lampu a.k.a jakun dgn lampu banyak2 ni.. (hahaha)biler abah bawak jenjalan mlm naik kete mmg la suka sgt aku.. tgk lampu dr hujong smpai abis la jambatan tu..lawak betol perangai mase kecik2...


Tanjung Mas

hehehe ini adalah taman peberet aku jua... kat sini banyak tmpat permainan .. ABC,rojak,bebola ikan+udang sedapppp woo sini.. seronok jalan2 kat sini smbil memandang keindahan sungai muo.. aku rindu pula saat2 indah kat sini.. alahai...


Mee bandung muo

Korang pernah rasa mee bandung muo? haaa rugila kalo korang tak rasa lagik.. wallaaaaaaaaa sedap ..marvelous.. aku tak teepu... kalo tak percaya biler turun muo korang carilah mee bandung muo ye.. takan menyesal i can guarantee u.. hehehe...(kalo tak sedap meh sini cepuk aku)u gonna luve the taste.. (confident sgguh makcik)

alamakk waktu balik dah.. okla tomorrow never die.. eheheh esok akan ditopup lagi cerita2 yg menarik tentang hometown yg aku sayang sgt ni ye..

Tuesday, January 15, 2008

MasyaALLAH, Nauzubillah...

Sesungguhnya. .jauhilah daripada melakukan zina...moga apa yang kita
lihat ini dapat menjadi pengajaran.. .sesunggunhnya Allah itu maha
mengetahui.. ..

Subject: Fw: walatakrabulzina

mungkinkah juga mereka ini pasangan suami isteri yg sah?Hanya Allah maha mengetahui wallahu'alam. tak tau pic ni benar atau palsu tapi ada pengajaran
disebaliknya. .

RENUNGAN

Kehidupan mereka penuh dengan perzinaan... Tiba-tiba bala bencana
menimpa, gunung berapi memuntahkan larvanya. Menimbus mereka ini dalam keadaan
mengaibkan.. .Dan...pada zaman ini kita dapat saksikan, fosil-fosil
mereka



Nauzubillah

hurmm.. aku tatau samada gamba ni betol ato tidak.. tp sesungguhnya aku percaya bahawa hukuman bg penzina itu amat berat tak kiralah samada di dunia atopun di akhirat... banyak juga yg aku terbaca di majalah tentang kejadian2 sebegini.. para pelaku zina ni dpt balasan dlm pada waktu itu jugak.. nauzubillah jauhilah semua ni dari keluargaku n sahabat2 ...aminnn..

hopefully kita terhindar n terpelihara dari perkara2 sebegini.. akhir zaman ni mcm2 perkara aneh yg tak pernah terlintas di kepala kita boleh berlaku... kadang2 ngeri n ngilu jugak bila terfikir.. astaghfirullah...

walobagaimanepun kesahihan email ni aku takleh nak tentukan.. cuma aku nak amik iktibar je dari gmbar... SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI so sebagai hamba kita seharusnya beringat balasan tu bila2 je boleh berlaku... tak kiralah ape2 jua kesalahan kita buat.. bukan sahaja zina.. aku selalu sematkan dlm minda aku.. nak wat ape2 ingatlah kematian.. huyoo dose banyak pastu nak ditopup lak lagi dgn dose2 baru, kalo tak sempat taubat kang tak gune airmate kat akhirat tu nanti.. so takotlah nak buat dosa terkini.. ehhehe.. (sorylah aku tak geti nak jelaskan dgn formal)...

oleh yg demikian wahai sahabat2 sekalian.. beringatla bahawasanya segala ape yg kita buat tu ALLAH nampak.. so kenelah takot.. jgn takot sekejap jek udahla...

hehe.. sekian..

Friday, January 11, 2008

tensen...

Soalan.. SeMalam cuti watpe?
Jawap.. Wat tatau..
Soalan.. Apasal?
Jawap.. Sbb tatau nak watpe.. sekian...

ahahahahhaah itu sahaja laporan untuk hari ni..

Soalan.. Nape?
Jawap..Tensen..Sakit pale..migrain..sekian..

toce ..arigato.. vanakem... welkam...

tata .. aku tensen hari ni..



tensen2 pon kontrol cun wakakakaka.. (pasannn)

Monday, January 07, 2008

weekend aku..

sabtu 6/1/08

"akak dah selamat bersalin baby boy 2.49 kg pagi tadi 4.55 am" (6.22 a.m) ... sms terawal yg aku dpt pagi sabtu tu.. tahniah buat kak Sarina, kakak ni keje kat depan office aku (Petronas BSF)...hubby die kat Dubai..kami berdua berkenalan dekat surau.. eheheh walopun jiran office tp tak sempat nak borak lelame selalau.. kat surau jekla kami selalu jumpa.. kisah cinta kakak ni dgn hubby die sgt menarik..Cyber love, hubby kakak ni from india.. sgt berminat dgn islam then tejumpe kakak ni online.. derang bercinta hanya beberapa bulan n kakak ni dilamar melalui email.. mula2 kak Sarina ni mcm tak percaya je..pastu die tawakal n tetapkan hati die untuk terima hubby die tu.. keluarga pun tak membantah so derang pun nikah..sebelum nikah derang pernah jumpe sekali je.. after that berjumpa untuk kali kedua mase nikah.. so sweet kan... kalo dah jodoh.. akak Sarina selalu berpesan kat aku.. jodoh ni kita kena usaha dek.. die tak datang dgn mudah.. usaha,doa, tawakal, tetapkan hati itu yg penting.. aku ingat smpai bile2 kate2 kak Sarina ni..

eheheh .. Dak eja roomate aku keje halfday then petang die nak g kursus kawen.. alahai 2 orang dak umah aku nak kawen dah tawon ni... sorang lagik ina budak bilik depan.. yg ni baru je 20 tawon.. dah jodoh derang awal kan.. ehehe aku doakan adek2 kat umah aku ni supaya berpanjangan jodoh mereka hingga ke akhirat =)... tgh dok aku melayan perasaan tu my bestest fren msg.. YUN... die ajak aku lepak umah die.. satu ajakan yg mmg aku berat nak tolak.. uhuhuh tp alahaiii aku tgh sangap wehh.. kene bajet.. gaji hr tu dpt awal bebeno.. isk..isk..isk.. pepahamler .. mmg berat aku nak tolak permintaan YUN tu tau.. aku pun jelaskan keadaan sebeno pada YUN.. ehehe sekali YUN kate nak dtg lepak sekali ngan aku sbb dak umah die pon tarak.. eheheh beshnyek suke taww aku.. YUN suh aku siap2 lepas zohor die smpai n nak twos g giant...

pegi giant dgn tujuan nak cari buah.. (tp HAMPEH).. buahan2 kat situ tak jelite langsong taw.. dahtu tatau apsal mahai bebeno lak harganya..kenape ek?? last2 kami g TESCO .. kat situ pon same je buahan2nya ... KECIWA (uhuhuhuhuh).. kami beli je ape2 yg patot kat situ.. ingatkan malm tu nak g paso malam lak..TAPI ujan.. mmg takde rezeki kamila jawapnye..

Ahad 7/1/08

Bangun solat subuh pastu twos takleh nak tido dah ahaha.. tgk PINGU(ahakss) ..pastu YUN ajak g beli sarapan.. kami beli nasik goreng.. lepas makan tu tatau nape kami berdua terrrpengsan.. badan jd mcm letih giler.. paler berat(weng).. pikey punyek pikey YUN kate mybe makcik tu letak "pak aji" banyak sgt kot.. haa yg betoii aku pun gase mcm itu jugekk.. tgh hari tu kami g seksen 2... behsela YUN kalo smpai Shah Alam sure die teringat ikan bako n air asam yg besh kat seksen 2 tu(ehehehe) ... siap dgn ABC kami beli(punah diet wehh) ahahhahahah... TERLUPA lagi nak amek gambo ikan bako tu nak letak kat blog(isk..isk)...

masing2 tingtong pastu.. sesambil tu kami borak2.. terbangkit la soal nak smbut besday kami bersame2 bulan 2 nanti(ye yeahhhh)
Aku----- weh YUN ko nak ape nanti besday?
YUN----- Henpon...
AKu----- ahahhahaa nyesal tanye... (ekekekekek)

Kami teringin nak beli henpon canggih2 ni ehehehe.. so tetibe tertanam azam nak kumpol duet nak beli henpon (keh keh keh) aku mimpikan henpon soni ericson yg shake2 tu.. ahaiiiiiiiii


Sony Ericson W910i...

perghhh dpt ni mmg puas hati... ehehhehe.. sabo sabo sabooooo...Eh sebelum terlupa.. Hamster yg baru aku belikan mak hr tu udah bersalin(ehehehehe) cepat kan ?? termengandong dari kedai le tu.. sekali 5 heko kuo.. tak sabo nak balik kg nak tgk budak berbulu yg sinonettt itu..

daaaaaaaaaaaaa..... koje.. koje.. koje.......

Wednesday, January 02, 2008

SeLaMat Datang 2008



Alhamdulilah.. tahun 2007 telah berlalu..maka meningkatlah jua umur ku,(matang tau bukan tua hehe..) banyak kenangan suka dan duka yg disisipkan dlm 2007.. aku tak pernah menyesal dgn segala2 yg berlaku atas diriku sama ada yg buruk atopun yg baik.. kesemuanya telah tertulis buat aku... aku bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi aku peluang untuk memperbaiki lagi diriku pada tahun ini InsyaALLAH.. Bagi teman2 yg sgt setia berdamping disisiku selama ini ribuan TERIMA KASIH tak terhingga ku ucapkan pada kalian kerana masih sudi "renew" contract persahabatan kita(hehehhe),terima kasih kerana bersabar dgn kerenah diriku yg cepat berubah monsun ni (aduss).. pada sahabat2 yg baru berkecimpung dlm dunia mengotku ini WElcome to my World guys(muehehehehhe).. diharap anda bersabar dgn segala pertukaran monsun yg akan berlaku pada bila2 mase saje...Yun, umie,Kak fatin, kepek, eija dan kawasan2 yg same waktu mengongnye i lap u all.. Mr. Alhadi a.k.a abg alhadi thanks for the +ve thinking methods yg selalu didownloadkan dlm diri saye (hehehe)...
Malam 31/12/2007..
eheheh Dok sensowang kat umah smbil tgk tb.. pastu dengo la bunyi bunge api(dam dam dum munyik mercon hehe) .. kenkawan umah semua kuo..(takpe tak kisah)
1/1/2008...
Dok umah tgk katon.. kemas umah.. tahan mate takmo tido siang.. ahahahhahahahaha...

AZAM 2008..

teng teng teng.. alaa behse la setiap tawon sure ade azam kan.. azam tawon lepas pon tak tertunai lagi(hepp takleh bitau ape die) .. so setiap tawon akan ada renewal azam.. antara azam2 yg WAJIB 2008 ni (hehe)

--->1)Nak kuwos, Nak kuwos, Nak kuwos(sket lagik,sketttt lagik)
--->2)More +ve in thinking(xnak mengeluh selalu dah)
--->3)To be a better person dis year(azam wajib setiap tawon ahakss)
--->4)Nak jd lebih TEGAS
--->5)Sentiase senyum(gilos hahaha)

itulah dia antara azam tawon 2008, yg selebihnya tak larat la nak senaraikan ye.. kang tak cukop satu page.. org bace pon jemu..SO korang ape azam tawon 2008 ni... meh habaq mai kat cheq..

KALAM HIKMAH :

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )



" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I mam Umar bin Abdul Aziz