Dapat tarikh untuk induce, 22 July 2012 bersamaan 3 Ramadhan. Dah sah2 tau hari, masa untuk deliver. Hati bercampur baur macam2 perasaan. Cemas dan takut mix dengan rasa happy nak jumpa Amanah ALLAH. Sakit tolak ke tepi dulu (1st timer tatau cemane rase sakit nak bersalin ni kan.uhuk.)
Tarikh induce 22 July tapi kene warded sehari sebelum, maknanya 21 July dah dok ward. Pagi2 dah diseret (mcm kena pakse je kan kahkahkah) pergi hospital. Dapat dudok ward 2nd class..alhamdulilah selesa. Ada ekon
saudara mara tak henti datang melawat dan memberi kata semangat. Suami tersayang sentiasa berada di sisi walaupun diri ini tahu betapa letihnya dia dengan berbagai urusan, kemudian berulang alik ke hospital dan juga memenuhi segala keperluan diri ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana kau telah kurniakan hambamu suami yang sangat sabar dengan segala kerenah isterinya ini ( T_______T ). Sayu hatini bila tengok suami tertidur keletihan di tepi katil. Wajahnya tak henti dengan senyuman, tau dia tak sabar nak tengok zuriat yang bakal lahir ni.
Malam sebelum induce, adoih mata tak boleh lelap. Perasaan cemas tu asyikla menganggu. Masa terlalu lambat berjalan rasanya. Kalaula tak payah induce kan bagus, tiba2 contraction datang sendiri pastu bukaan cm dengan mudahnya dalam 1 jam boleh 10cm. Macam2 la bermain dekat kepala ni. Jiran sebelah (lupa lak nak citer ), sorang chinese berumur dalam lingkungan 23 tahun, usia kandungan baru masok 7 bulan. Mengalami pendarahan sebab tu dia admid. Sangat peramah, lemah lembut orangnya. Jiran sorang lagi pulak Indian. Usia kandungan 6 bulan, yang ni lagi parah sket. Belum sampai waktunya bukaan udah macam nak bersalin. Dokter terpaksa jahit kat bahagian tu (tataula spesifik nak sebot cemane kan). Bila dengar tu rasa ngilu la sangat. Bertambah cemas lagi la. Adoih, pergi jauh2 semua perasaan mengarut, ingat nak dapat baby je sudah.
22.07.12. Awal2 pagi dah bangun siapkan diri. Dari pukul 4pagi dah bangun sebenarnya. Malamnya hanya tido2 ayam. Nebes melampo2 haihh. Kemas beg semua, nanti senang bila dah masok labour room bawak semua barang nak bagi pada encik suami. Barang untuk baby je bawak masok. Tepat pukul 6.15pagi nurse dah tecegat bawak wheelchair. Nurse bagi salam dan tanya dah sedia? . Mampu senyum jela. Seronok gak naik wheelchair ni. Best je orang tolak kite takyah nak berjalan ka. hahaha. Sampai labour room, nurse tolak masok bilik pengasingan. Tempat induce hohohoho debak!debuk!debak!debuk okeh. Sms encik suami tanya dah ada kat mane, on the way katenya. 6.30 dokter sampai, sebelum tu nurse bagi sarapan pagi untuk bagi tenaga katenya (hehehe tak pose ye), minum air melo je , roti tak sentuh pun. Takde selera langsung. Dokter dengan cerianya datang bertanya keadaan semua, by the way ada sorang lagi dalam bilik tu. Dia kena induce sebab dah over dewdate hampir seminggu lebih. Dokter arahkan supaya gi toilet buat apa2 yang patot dulu sebab lepas induce nanti tak boleh la nak bergerak bagai. Lepas tu dokter check bawah(opps) hehe. Tetiba je dokter kate dah. Hah !!! apa yang sudah? rupanya dokter dah insert dah ubat induce tu. Biar betol takde rasa apa2 pun. Leganya....... Then datang sorang stafnurse. Dia tanya, nak panggil suami? eh boleh ke? Boleh ape salahnya, teman sekejap sambil ambil barang apa yang patot. Hurey! lelaju sms encik suami suh masok. Lepas encik suami masok ambik barang die dok teman sekejap. Boleh lak tetido diri ini hewhewhew. Bila bangun encik suami dah tade. Maybe nurse dah suruh keluar agaknya.
Tengok jam dah pukul 8pagi, stafnurse lagi sekali masok bawak mesin CTG. Mesin ni nak ukur tahap contraction. Nurse ni sangatla friendly, bercerita macam2 sampai buat kita lupa yang kite dah kene induce tadi hahahah. Dah hampir 4 jam induce, CTG menunjukkan ada contraction berlaku. NUrse tanya tak sakit ke? hah? sakit ape? Tade rasa ape pun. Nurse kata kalau nak ikot graf kat mesen CTG ni nampak macam contraction aku kuat, tapi kenape macam relek je. Samada daya tahan sakit aku kuat ataupun aku tak tau nak tafsirkan rasa sakit tu , kata nurse tu la. Tapi memang aku tade rase sakit apa2 pun. Bila check bukaan 3cm dah bukak. Orang kat sebelah aku , dah mula jerit2 rasa sakit. Bukaan die dah 4cm. Hoih apesal aku tak rase ape2 pun? pelik. Tido balik.Kroihhhhhhh...
Terjaga pukul 3petang. hahah lame tido kan. Tak ingat dunia. Yela tade rase ape2 pun. Graf tu nipu kot. Aku tengok die naik turun pastu naik menggunung. kalo naik tu tandanya sakit. Adela rase sket2 macam sakit pinggang je pun. Sengugot ringan. Lebih dari tu tak rasa. Orang sebelah menjerit kuat2 panggil nurse. Katanya dah tak tahan sangat. Nak mintak ubat tahan sakit. Aku tengok nurse bagi macam oksigen je, maybe itula ubat penahan sakitnya kot. Nurse tengok aku then senyum. Mesti die heran kan nape aku takde rase atau mungkin aku yang tade perasaan?? kahkahkah. Lebih kurang pukul 4petang orang sebelah aku dah mencapai bukaan 8cm. Terus di tarik masok labour room. Moga2 die selamat bersalin. AKu? masih 3cm. Dah pukul 4 okeh dari pukul 6.30 pagi tadi. Udahla tak boleh nak gerak gi memane. uwaaaaaa...letih baring je aku tau.
Pukul 6 petang.Bukaan still 3cm. Nurse masok then cakap aku kena hantar masok ward balik sebab bukaan sket je. ha? alaaaa tanak keluar lagi anak ibu ye. Dok balik kat wheelchair. Keluar dari pintu labour room nampak encik suami. Kesiannya die tunggu dari pagi tadi, tengok2 aku keluar naik wheelchair. Tak meletop lagi bininye ni hahaha. Letihnya muka encik suami, nurse arahkan encik suami untuk hantar aku balik ke ward tapi bilik yang lain. Adoila...
sambung lagik adoi. Assalammualaikum.
3 comments:
ngeee mcm tau je kenapa setiap kesakitan orang lain rase tp kamo tak laluinye ;-)
apa pon tgk raisha mcm taknak kua lagi jek..hehe syok berenang2 dalam perot ibunye kot :p
erkkk mengapekah dear? org sendiri pun tatau nape org tak rase sakit mase tu. uhuhuh
hehe itu hanya tafsiran org ;-)
selebihnye hanya DIA yang tahu..
waktu jahet aket tak dear??
Post a Comment