Assalammualaikum...
ketersambungan kembali part 3, setelah keluar dari labour room kemudian diletakkan kembali ke ward. Kali ni terus dapat ward 3 adoihh.. Bukan nak complain banyak la tapi ward 3 pepahamla kan cemane.. takpela redha.. Tengok encik suami keletihan, kesian dia..suruh dia balik dulu if anything akan di inform dengan segera. Encik suami nak tunggu tapi tak sampai hati tengok dia letih , jadi suruhla die balik berbuka dengan family. Degil memula kena paksa baru nak balik..hahaha bukan nak halau tapi tak rasa macam nak terbesalin dalam waktu terdekat lagi eceh.
Sebelum balik encik suami belikan makanan apa yang patot. Tekak macam rasa nak makan bubur. Mintak encik suami carikan tapi apakan daya takde rezeki pulak tetibe rase nak nanges okeh. hahaha wahai hormon ngengade nko kan. Kueh2 je yang ada untuk dimakan benda2 lain tak rasa lalu di tekak buat masa ni. Kroihhhhhhhhhhhhhhh la kembali tanpa sedarkan diri. Sedar2 terasa macam ada orang tarik2 lengan baju. huihh rupanya encik suami datang balik tu selepas berbuka , tengok kat tangan die ada bekas berisi BUBUR NASI, Ya ALLAH dicarinya jugak. Terus senyum lebor hokeh. Encik suami suapkan makan rasa nak mengalir lak airmate kesebakkan masa tu . Ngengade beno phuiii..hahahah.. Encik suami takleh nak berlame2 kat situ sebab nurse dah buat jelingan maut. Eleh kedekot. Lepas encik suami balik sambung la xtbt kroihhhhhhhhhh zzzz balik. Dengan harapan ada la contraction dan bukaan cm. Boleh deliver malam ni jugak.
Kehampaan sampai kepagi takde ape2 pun berlaku. Pagi bangun, dokter check lagi bawah. Adoila selagi tak deliver, selagi tu asek kene seluk jek la bawah tu. Nak tau sakit ke tak? huhu kalo pada aku la kan, bergantung pada keprihatinan dokter tu menyeluk. Kalo jenis nak cepat je mmg aku rase sakit okeh. Pastu saiz tangan dokter juga faktor sakit atau tak. Kalau dokter yang menyeluk tu cikeding jejari runcing je konpem ko tak rasa ape2 pun. Kalo yang menyeluk tu bapak beso, konpem sakit hokeh. Umpana ko nak terajang dokter tu.kahkahkah.Bukaan still 3cm. Anakku mengapakahhhhhh???.
Encik suami datang bawak sarapan, yang bestnya sarapan mekdi. Peh aku tak mintak pun dapat. Sukenya dalam hati hoyeh. Tapi selera pulak ke laut, aku makan hashbrown dengan minum milo je.Encik suami aku suruh balik berehat. Ni dah masok hari kedua lepas induce, still notin. Lepas sarapan, aku cuba bawak diri berjalan2. Kate nurse kalau kita bawak berjalan2 mempercepatkan bukaan cm. Abes 1 ward dah aku ukur rasanye. Tengok bilik ibu2 yang baru deliver ,suke dengor baby crying. Tak sabar nak dengar si kecik ku ini crying. Jalan2 punya jalan, tiba2 nurse panggil aku, katenye sedara mara aku datang mencari dari tadi tak jumpa. kahkahkah. macam mane nak jumpe kalo aku tak dok diam gi mengukur jalan kat ward. Diorang datang bawak makanan. Siap bawak buah longan. Ade sorang makcik encik suami kata makan buah longan tu kot2 mudah bukaan. Haish malu je nak makan depan diorang kan bulan pose. Tapi diorang siap kopekkan lagi bagi aku makan.Ngap jek la. Pas diorang balik tu aku baring2.Tiba2 aku rase semacam, sakit pingang dengan sakit sengungot. 10 minit sakit, pastu okeh. adoih APAKAH???
Aku tengok jam, dah masok zhohor, tetiba aku macam tak larat nak bangun. sakit pingang ngan sengugot tu still datang touch n go. adoila. Itula contraction namenye ye bagi yang nak tau sakit contraction tu cemane. Macam sengugot tapi yang jenis kuat punya jap ade jap takde. Aku cuba rehatkan diri lelapkan mata. Lambat je masa berjalan bila dah terase sakit ni. Asek tengok jam je keje aku. Pukul 3 aku rase dah makin kerap sakitnya pulak. AKu panggil Dokter. Rase macam tak tahan je. Ingat nak mintak ubat tahan sakit. Dokter datang Seluk lagi..arghhhhhhh makan kaki gak kang. Tengah sakit2 tambah lagi sakit. Dokter pasang mesen CTG kat pewot nak tengok graf contraction. Memang naik turun la ... Yes dokter bagi ubat tahan sakit cucuk kat pinggang... lega sket tapi masih ada rasa sakit.Tahan lagi tahan. Tahan punya tahan tetido balik aku. Rasa macam ada orang belai2 rambut, encik suami la agaknya. Aku hanya buka mata alang2 je. Malas nak tunjuk kesakitan aku pada dia. Lama gak dia tunggu aku bangun. Last2 die kesian nak kejutkan aku agaknya die balik.
Sakit macam sengugot teruk tu terus menjadi2, aku tak boleh bangun dah. Tapi masih boleh bertahan. Doa nabi Yunus sentiasa tak lekang dari mulut aku. Tu je aku rasa mengurangkan sakit aku.Masa tu dah dekat pukul 7 dah, tetiba aku rase sumthing, kaki baby menendang kuat pastu TUP!! macam ada benda pecah...tetiba panasss je kat celah kaki aku. OH MY!!!!! my water broke okeh. Terus aku mintak tolong. terjerit2 hahaha takleh ingat aku jerit2 macam nak terberanak sangat dah padahal pecah air ketuban je. Maklumla orang pes timer kan. Manela tau. Aku ingatkan pecah air ketuban pastu terus je teran baby nak kuor.. kahkahkah. Dokter dengan nurse datang, dokter apelagi kan check bawah terus la. 6cm dah bukak. Nurse cepat2 tukarkan baju aku, tolong kemaskan beg semua, amek keperluan baby semua. Ditolak ke Labour Room. Inikah masanya?? Sempat aku capai tepon terus call encik suami. Mase tu orang kat rumah semua baru nak bukak pose. Terperanjat semua tak jadi nak makan berat hahhaha. Terus gi sepital semuanya.
Aku terus masok labour room, dokter dengan nurse dah stanby. Takotnya masa ni okeh. Seluk lagi bawah. Adoihlaaaaa. Tapi dokter ni baik sketla die ajor aku tarik napas then tahan mase die seluk tu. Tak sakit okeh. Apesal tak ajo aku mcm tu dari mula2 ? nape? nape? nape? kalo ku tahu teknik tu tadela sakit berkali2 kene seluk bawah tu. Nasib baik tade peristiwa dokter makan kaki aku kan ahahhaa. Masih lagi 6cm. Jam menunjukkan pukul 8malam. Adoila bape lame nak tunggu 10cm ni? Pastu aku ditinggalkan sensorang dalam bilik tu.Nak tunggu bukaan cm sampai 10. Sakit ke? hohoho kali ni bila datang sakitnya menendang aku kat katil. Memang sakit. Jerit mintak ubat tahan sakit lagi, tapi dokter tak kasik. Kedekot Phuiiii.. Haha.. padahal dokter tak kasik sebab takot nanti jantung baby lemah ke hape tah.
Labour Room tu aku rase udah macam freezer. Sejuk beku, tujuan untuk mengurangkan rasa sakit contraction tu kot.Dari kol 8 bawak ke kol 9, bawak ke kol 10, bawak ke kol 11. Sakit dah tak tentu arah. Mulut tak henti baca doa. Datang lagi dokter kali ni dokter lelaki. Haiyarkkkkk..redhakan jek la...dah sakit tak hengat ape kan. sakit udah sampai ke puncak ni. Check bawah ye mmg pun sakit sangat sebab dah 10cm. Nurse panggil encik suami masok. Aku happy la kan nampak encik suami. Nurse tanya nak tunggu isteri ke tak? Encik suami tengok muka aku dalam kesakitan tu die pengang n cium tangan aku. Die macam tak sanggup nak tengok. Aku paham keadaan die. Aku suruh die keluar. Paham sangat keadaaan die, bukan die tanak teman, kang kalo die pengsan ape kes pulak kan. Encik suami keluar, aku dah rasa macam sesuatu menolak dari dalam perot. Baby dah push nak keluar, yup bukan aku yang beriya push okeh, panik jap dokter dengan nurse. Siap cakap dengan aku jangan push dulu. Hoi boleh lak cakap macam tu kat aku ek, udah nak tekeluor bebeno dah ni. Second push licin je aku rasa..seriosly memang licin dan takde susah dan payah aku meneran untuk push. Macam licin je keluar...Tetiba dengar suara yang dinanti2kan..Masa tu aku rasa macam ada sesuatu perasaan yang tak tau aku nak olahkan melalui ayat cemane. Di saat nurse bagi aku pegang Nur Raisha Nafeesa (mase tu tade name lagi), Ya ALLAH aku dah jadi seorang ibu, di tangan aku ni adalah Amanah ALLAH untuk aku dan suami. Ini anak aku yang selama ni aku kandung dalam perut ni. MasyaALLAH dah tatau nak describe. Nurse tanya anak ape? aku jawap perempuan. Lagi sekali tanya. Pompuan la ngek (tipu tu saje je hahahaha).. Pastu nurse bawak Raisha ke bilik lain untuk dibersihkan. Lahirlah sudah zuriat kami. Magic pewot dah kempis hahahhaa. Citer pasal jahit menjahit di bawah tu takmo citer la. Nanti ade lak orang takot nak bersalin normal pasnih.hehehehhee.... cuma mampu cakap. Sakit okeh...hehehe...
Sekian.
Assalammualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hehe best tul bace entri ni
rase mcm br saja tjadi kan..
alahaii takpe.. atleast merasa pengalaman melahirkan amanah dr-Nya itu ;)
mesti lepas je raisha kuar hilang semua kesakitan tu kan..alahaii
mintak2 le branak nt senang camni.. tau2 rasa nk push petu licin tros setel.. T_T takuitnyaaa...
-LML-
InsyaALLAH boleh je licin mcm tu, mintak suami buatkan air selusuh start dari 7 bulan da boleh buat. pastu rajin2 amalkan doa nabi yunus dalam perot ikan paus tu ye.. Dengan izin ALLAH dipermudahkan.Licin je keluarnya.
Post a Comment