Tuesday, February 22, 2011

Diet..

Assalammualaikum...

Hari ni nak bercerita pasal diet. Oleh kerana dah gemuk, ni menurut dari penjelasan pengkritik tegar yg dipercayai sejak turun temurun, siapakah mereka?? ye mak n abah aku la.. Mase chinese nu year hr tu aku balik kg bersama2 dgn En. Ali, abah bg komen yg sgt membina. Baikla abah anak mu ini akan berusaha untuk diet. Jangan risau yep..

Oleh yg demikian aku berusaha untuk menjaga pemakanan. Aku telah dinasihatkan untuk mencuba makan oat yg dikatakan baik untuk menurunkan tahap kolesterol yg tinggi dalam badan disamping boleh menjadikan kita sihat ye. Aku rasa semua org tahu yg oat ni x berapa nak sedap la kalau di makan begitu sahaja. Kerana oat bukanla seperti roti Gardenia yg "enak di makan begitu saja" . Kita kenala kreatif untuk membuatkan anak tekak berselera menerima oat setiap hari. Kalau nak jimat masa elokla gunakan oat segera.

Okeh2 kita jgn buang masa lagi yep. Untuk mereka2 yg ingin secara sihat menurunkan berat badan anda, kat sini aku ada beberapa resepi yg sedap untuk oat. Terima kasih en.gugel ye... Marilah sama2 kita menjayakan nye...

Bubur Oat ayam..

Bahan-bahan ( 2 org mkn )
• oat segera
• kiub pati ayam
• filet ikan(gune nuget ayam pon bole, jejari ayam ke)
• cendawan tiram kelabu
• bawang besar
• seulas bawang putih
• bawang goreng(utk hiasan)
Cara-cara
1. tumis bawang bsr n bwg putih smpai naik bau
2. msukkan air sikit and msukkn skli oat..toksah byk sgt..sikit je..oat tu toksah byk sgt..nti muak
3. bile oat dh kmbg skit, msukkn pati ayam( skit suda)
4. msukkn cendawan
5. msukkn filet ikan yg tlh dipotong dadu(kene goreng dulu, klo gune bebola ikan, fishcake x pyh goreng, msuk je trus)
6. pas siap, tabur bwg goreng ats bubur..gerenti sedappppp..

Bubur oat pisang

Bahan-bahan ( 1 orang )
• 1 cawan susu segar rendah lemak
• 1/2 cawan oat
• 1 biji pisang
• 3 sudu besar kismis hitam
• 1 sudu besar madu
Cara-cara
1. Panaskan susu dan tambah oat.
2. Biarkan mendidih dan oat menjadi kembang.
3. Sesuaikan kepekatan, jika terlalu pekat tambah susu.
4. Siap dan tuang ke mangkuk. Tambah dengan hirisan pisang dan kismis
5. Tuang sedikit madu di atas bubur tersebut.




Chaiyok..chaiyok !!

5 comments:

^PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA^ said...

haiyer..bubur ka?
cara yang pantas lagi bkesan selaen bubur tade ke??

huwaaa da terai smlm..
tableh blah la weii..
kembang tekak!

^PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA^ said...

psstt..
kamo terai masok sini..

http://ilikesunflower.wordpress.com/2009/11/11/oat-dan-pengolahannya-ala-sunflo/

kalo bhasil btaw oang eh..ekekekek

Truly_me said...

uitt apekah itew??? jeng jeng jeng

antalya said...

sedap ke bubur oat gini wei?? aku reti mkn oat campur ngan susu ngan milo je.tp dh xde gaya menu diet dah ha..kumpul lemak

Truly_me said...

Cik Anggun == uhuhu bahse endon je likn itew.. adeh.

Mommy== aku da terai n sedap..hohoho