skip to main |
skip to sidebar
Aliyah
" Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Penghabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia,Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannyabenar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Diatahu,Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetap ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-buka Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.
Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah. "Apa, nak suruh Qis jumpadengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidupdengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina
pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga
oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Dimasjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar- benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cubamencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak
Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin, Suami tersayang...
Asraf Mukmin iburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salamsejahtera
buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di
sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut ibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibupada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imamdan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat
Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi
dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg. Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
************************************************************************
Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat.
Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi
uhuhuhuhu... aku dilanda masalah lagik.. ya ALLAH aku redha dgn dugaan mu kali ini..alhamdulilah aku tatang masalah ni dgn sabar.. tapi terase gak bahangnye..aku tau aku terlalai sbb tu aku diuji lagi untuk disedarkan kembali.. sahabat terdekat aku je yg tau masalah aku ni.. kepek a.k.a zianazone n yun a.k.a alntalya.. thanks sbb korang banyak bg aku sokongan dlm setiap permasalahan yg aku adukan pade korang.. ribuan terima kasih ku yg tak terhingga wahai sahabat dunia akhirat ku.. aku bersyukur mendapat sahabat seperti kalian..korang sentiasa mahu mendengar rintihan masalah aku.. korang pendengar yg setia.. walopun aku tak tau tah korang boring ke dengo masalah aku uhuhu maafkan aku wahai sahabat.. maafkan aku...
hurmmm.. aku sentiasa mengeluh skrg ni.. mak aku kate tak elok.. nasihat mak aku tu aku selalu aku ingat bile aku buat benda2 yg selalu mak tego.. tapi aku tak tau nak wat ape lagi dari mengeluh tu.. nak kuarkan air mate?? tak boleh aku kene tabah.. aku kene matang hadapi masalah aku.. bukan aku sorang je ade masalah.. orang lain lagik berat masalah die dari aku.. aku kene pikeykan benda positif.. insyaALLAH ALLAH akan membantu hambanya yg redha menerima segala ujian dariNYA..
MASALAH.. bermulala epilog cite aku yg tak seberape hebat.. dan mmg tak sehebat novel cinta merapu yg aku bace.. tapi tak tau la nape aku hayal bile nace novel.. semua kisah cinta dlm novel mmg indah.. "happy ending" n they live happy ever after... that's not the truth in the real world.. if aku jd watak dlm novel sure aku bahagia.. but i'm not in that fantasy.. i'm in the real world.. world of mine.. my own.. my life space.. aku yg mencorakkan dunia aku.. aku jua yg mengharunginya.. now get to the point.. my PROBLEM... it's about my "JOB" aduhhh mcm mane aku nak xplain.. alahai.. aku tak tau kat mane kedudukan aku skrg.. dept kitorng yg kat subang jaya ni tak tau kemane halanya.. one of our anak syarikat yg bayar gaji kitorang skrg dah tanak jg supplier for clarion.. for those who tak faham cara syarikat aku ni bejalan.. meh sini aku terangkan.. syarikat aku ni hq kat penang(bayan lepas).. n dept aku kat sini just service dept a.k.a waranty.. kitorang still under clarion.. but aku pon tak paham kenape gaji kitorang anak syarikat yg bayar.. pelik gak aku..
TRANSFER...nak dijadikan cerita.. anak syarikat dah tanak jd supplier for clarion.. so dept kitorang dah terumbang ambing skrg.. hurmmmm mengeluh lagi aku.. so skang ni anak syarikat just bayar gaji kitorang till the end of december je..selepas tu terserah pade hq clarion untuk tentukan nasib kitorang samada diorang nak kekalkan dept kat subang jaya ni or not.. other choices is tarik kitorang ke hq meaning aku kene pegi PENANG noooooooooooo.. aku tanak.. bukan ape.. mmg seronok berhijrah but skrg ni aku takleh jauh dari family aku.. not becoz i'm manje or what.. skrg ni family aku sgt2 perlukan aku.. bile aku jauh nanti susah aku nak balik kalo ade kecemasan ke ape.. ya ALLAH.. tepana aku seketika.. bape ari dah aku tak berape nak makan fikirkan perkara ni.. tapi aku still buat mcm takde ape2 yg berlaku.. aku kuatkan semangat aku.. aku cover kegusaran hati ni dgn membaca ayat kursi.. manela tau sumthin great will happen kat aku.. i need a miracle rite know... hanya ALLAH yg mengerti perasaan aku di kala ini...
SEPI.. Di saat aku menghadapi permasalahan ni i meet sumbody.. actually bukan baru aku kenal die.. dah lame.. but he tibe2 muncul kembali.. die punye come back kali ni aku tgk dgn penuh keinsafan dan keihklasan.. but i dun' know.. pade aku Hanya ALLAH yg dpt menilai keinsafan dan keikhlasan seseorang itu.. tapi aku ttp menerima kehadiran insan itu kembali.. pade aku seme orang ade peluang kedua.. kalo tak jatuh dulu mane la kite tau jatuh tu sakit.. bile dah sakit takan kite nak terjatuh lagik kan.. sure kite berhati2 di masa akan datang.. hati aku mmg mudah memaafkan kesalahan orang.. walaupon di mulut ni lantang mengatakan aku BENCI tapi hati aku tak sampai hati.. itulah aku.. sumtime my fren nasihatkan aku.. maybe orang akan ambil kesempatan atas kelemahan aku ni.. tapi pade aku ..aku mmg tak boleh nak marah seseorang tu lelame.. mula2 mmg aku akan marah.. marah aku mmg senyap.. tapi mendalam.. but kalo orang tu sggup tampil dgn rasa jujur dan ikhlas nak mintak maaf dgn aku.. aku redha maafkan..
LEGA...alhamdulilah.. lega rasanye bile aku dah luahkan serba sedikit segala masalah yg cuba nak menggugat kewarasan pikiran aku.. setidaknye2 setelah aku coretkan kat sini terubat sikit jiwa.. walopun aku tak dpt ketenangan lagik tapi aku ttp berusaha mencari ketenanganku yg pernah wujud dlm hati ni.. salah aku jugak ..mmg salah aku.. biler dah rase ketenangan tu dulu aku lalai.. rugi rasenye.. skang ni hati dah warna ape pon aku tak tau.. alahaiii.. ya ALLAH sesungguhnya aku hambamu yg Hina ini terlalu malu untuk menggangkat tangan dan meminta padamu ya ALLAH.. kuandaikan diriku ini seperti pengemis yg terlalu kotor dan jijik meminta2 padamu Ya ALLAH.. ku sedar bahawasanye aku tak layak untuk meminta dari MU.. aku mudah lalai.. aku lupe padaMU.. terimalah kembali aku dlm lingkungan kasih Sayangmu YA ALLAH.. amponkan aku YA ALLAH.. berikanlah aku petunjuk dan kurniakan aku HIDAYAH mu... perkuatkanlan imanku...kembalikanlah KETENANGAN yg pernah kau kurniakan padeku dahulu... aku redha dgn segala ujian mu YA ALLAH.. ampunkan aku.. ampunkan aku Hamba mu yg hina lagik dhaif ini...................................
Khas buat sesape yg selalu melawat blog aku yg "sunyi" ni.. this is one of my fav song.. 2day aku dah bejaye dunload 2 video dlm aku nyek blog..so enjoy urself ar my beloved fwenss
dari diari nukilan diriku lavender..
DahuLu, aku gembira.....
Berada Di sisiMu tidak Kujangka....
seJak dari Itu Ku cuba PeLihara....
PerasaanMu hatimu Cuba Ku Jaga.....
DahuLu, aku gembira...
DiriMu Lah insan PemBalut luka...
seTelah insan itu Mencarik Jiwa...
Kau Lah peNgubat Duka Dan Lara....
DahuLu, aku gembira...
kuHarapkan NamaMu sentiasa terPahat dijiwa..
saMpai kini Ku begitu Jua...
tak Pernah Berubah hatiKu tetap Satu Jua...
Dahulu, aKu Gembira...
BErsaMa2Mu Ku Kemeniti Mimpi Bahagia...
NamaMu sentiasa Berada Di dalam DoaKu sentiasa..
Semoga Kita digandingKan Bersama....
DahuLu, aku Gembira...
tapi Kini Bencana Menimpa...
Kusedar ini ujian Cuma...
ku Terima Dgn Redha sePEnuh Jiwa...
Dahulu, Aku gembira...
Melihat SenyumMu aduhh...TenangNya jiwa...
Mendengar BicaraMu aku Terpesona....
Sehingga Kini Ku ingat Jua....
Nukilan lavender...hak cipta diriku sendiri..
Di Pagi Ini Kusendiri...
Kusendiri lagi...
mengenangKan nasib Diri...
MengeNangKan Hati Yang Tak BerPengHuni..
Di pagi ini Kusendiri...
SesungguhNya Ku tak Mengerti Diriku ini..
Mengapa Luka Sentiasa MenghamPiri..
Di kaLa Bahagia Ingin BeNar KuKecapi...
Di Pagi ini Kusendiri..
memikirKan KembaLi ApaKah sIlap diri..
AdaKah KeraNa TerLalu Menyayangi..
seHingga TerLupa Diri Sendiri...
Di pagi ini Kusendiri...
Kini Kusedar Tak saLah Kumenyayangi..
Tapi DiriMu Yang Tak mahu Memahami...
BetaPa ikhLasNya Kasih Ku ini...
Di pagi ini Kusendiri..
HatiKu Pedih yg Tahu Hanya diriKu sendiri..
Ku Mengharap kau Mengerti...
Tapi Kau Menyepi Membawa Diri...
Di pagi ini Kusendiri..
Tidak Tertahan Lagi Hatiku Kini...
DibiarKan Seorang Merintih sendiri...
TidakKah Kau sedar Wahai Kekasih hati..
Dipagi ini Kusendiri...
Bukan NiatKu meminta Simpati..
hanya Ingin Buat Kau Mengerti..
sesungguhNya Kini Kusedar DiriKu ini..
Hanya Sekadar insan Yg Menanti...
Dipagi ini Kusendiri...
Mencuba memujuk hatiku sendiri..
MungKin Ada Hikmah diSebalikNya Nanti..
Atas Kesabaran Yang Kutanggung Ini..
Dipagi ini Kusendiri...
MengeNangKan KembaLi Memori Yang Meniti..
Memori Indah BersaMamu Kekasih Hati..
Hanya ItuLah Yang menjadi penawar hati...
Di Pagi ini Kusendiri...
Relakanku Menyepi Mencuba Mengerti..
Masih AdaKah Ruang KesaBaran DiHati..
Ya ALLAH Hanya PadamU Ku berserah diri...
Di Pagi ini Kusendiri...
MemikirKan KesaLahan diri..
Ya ALLAH AmpunKan HamBaMu ini..
TerLalu LaLai Dengan DuniaWi..
Di pagi ini Kusendiri...
Ku TeLah Tersedar Dari Lamunan Ku Kini..
Ku Cari kemBaLi diriKu kini...
Ingin KembaLi Berseri KembaLi...
Di Pagi ini Kusendiri...
KuKuatKan semangat PerteguhKan Niat Di hati...
Agar Aku BoLeh Berdiri Sendiri..
DEngan Semangat Mu saYang Yang Masih keKaL sehingga Kini...
Aku Insan TerLuka..Insan Sepi...Ingin Memahami Tapi Kau Tidak MemBEri
Ruang pada diriKu ini....Ku Sedar Kini KehadiRan Ku tidak Dihargai...SiaPaLah Aku diSisi..Hanya Insan Yang Menanti..