Thursday, June 26, 2014

Selamat bertemu kembali Ya Ramadhan.

Assalammualaikum..

Lamanya tak menulis, sampai dah rasa tak tau nak mula macam mana.
Bulan Ramadhan yang dirindui hampir tiba.
Selamat berpuasa wahai sahabat sekalian. Semoga Ramadhan kali ini membawa kebahagiaan 
yang berganda buat anda semua.

Semoga bertemu lagi.

Assalammualaikum.

Thursday, November 07, 2013

Kehilangan lalu keciwa.....

assalammualaikum



Dear LML



Akak ter'hilang link blog kamu,
Berbagai usaha telah dijalankan untuk trace balik,
namun gagal lalu keciwa... huhuhu..
Please email me back, (azie_81_my@yahoo.com)



Terima kasih daun keladi.

Assalammualaikum.


Thursday, October 31, 2013

Retak seribu

Assalammualaikum

Alkisahnye kejadian berlaku pada malam tadi. Tujuan nak keluar gi beli susu si Raisha. Keluar dari rumah bersama encik somi lebih kurang dekat pukul 9. Nak cepat oleh yang demikian ikot hgway.

Perjalanan pada mulanya ok je. Tetiba sampai satu tempat tu, tuppp benda melenting kat cermin tingkap depan. Sket je bunyinye, tadela kuat mane. Perjalanan diteruskan. Tak sampai semenet cermin retak. Udahhhhh...ingatkan takde ape2. Oh dugaan sebegini dimalam hari mmg pancaroba okeh. Terpaksa benti tepi hgway yang gelap gelita. Kanan dan kiri gunung ganang. Wah sungguh adventure khennnn!. Bersyukur sebab tak bawak Raisha sama, kalo tidak kesian kat dak tenit tu sure melaung2 die tengok kanan kiri gelap gelita. Tak disangka kami berhenti berdekatan dengan kawasan kemalangan ngeri. Terus makcik terimejin macam2. Phuiii la sangat imajinasi aktip di kala ini.

Encik somi terus tepon mintak bantuan. Datangla pakcik paling dekat dgn tempat kejadian memberi bantuan. Syukur alhamdulilah. Cermin terpaksa diketok kasik clear sebabnya walaupun dah retak beribu tapi tak maula gamaknye die berderai jatoh, ate cemane nak dibuatnyekan. Kang kalo drive terus balik tetibe bederai tak ke tercedera kami somi isteri. Redha jela ketok kasik clear.

Udah habis clear, hoyeh boleh balik umah, kensel beli susu. Esok masih ade. Padahal udah lewat myden pun dah tutop gamaknye. 1 hal lagi takan nak tinggal kete pastu balik naik kete pakcik kan. Kesian pulak kat kete (boleh tak?haha). Encik somi bertindak segera dgn tepon kawan baiknye supaya datang drag kitorang balik dengan longkai. Tau apekah longkai? Meh sini makcik terangkan, longkai tu cren(betoi ke eja) yg bawak kete rosak kat tepi hgway selalu tu. Paham?bagos. hehe.

Mari kita lihat gambo ...



*ps/ actually kawasan tempat kitorang berhenti tu kawasan kemalangan maut melibatkan seorg amoi kene sagat dengan lori treller beberapa kilometer. Hancur badan nye. Sile imejin. Takot tak?!.

Wednesday, October 16, 2013

Mari bercucuk tanam

Assalammualaikum

tajuk macam beriya2 kan. haha. Baru nak berjinak2 dalam dunia bercucuk tanam. Ini semua disebabkan oleh keterujaan setelah blog walking ke Kebun Bahagia. Hari2 dok membelek tanaman yang ada dalam Kebun bahagia. Mulalah berangan macam2.

Tetiba selak punyer selak kan terjumpa pasal kisah pokok Mulberry. Jatuh cinta terus dengan pokok dengan buahnya. Banyak betol khasiat dari daun ke buahnya. Pastu senang pulak nak tanam pokok ni.Terus jalankan aktiviti menjejak pokok ni kat Ipoh. Cari kat Nursery tak jumpe. Last2 pergi pasor tani baru jumpe. Sepokok RM12. Terus beli tak toleh2 lagi.hahaha.Gelojoh sangat kan perangai. Adoi

Pastu kan jeng jeng jeng...



Mahap ye ni bukannya hasil dari pokok yang ditanam, tapi mase balik kampung kat Kuala Kangsar tak sangka pulak jiran dok menanam pokok ni. Rendang sungguh pokoknya. Geram tengok buahnye lebat. Jiran ni pulak jenis tak kedekot rezeki ALLAH. Nak makan ambik je katenye. Wahhhh makcik suke okeh. Alhamdulilah akhirnya dapat merasa buah ni. Rasenye orang lain dah tak heran kot dengan buah ni. Aku sorang je yang jakun yang amat. hahaha.. nasibla badan. Tula balik kampung sebulan sekali. Dok mencari sangat pokok tu kat merata Ipoh, udahnya jiran umah mak rilek je tanam pokok ni dengan buah yang melimpah ruah. Nak ambik gambo pokok jiran tu sogan la pulak. Udahla petik buahnye nak ngambik gambo pulak ye..phuiii bughok perangai.. hahaha.