Sudah hampir berakhir tahun 2011, lamenye tak update blog(ayat pun berlapuk), so setiap tahun bulan Disember merupekan bulan yg hip hip horay bg semua org yg bekerja kan.. Kenape ye? BONUS la penyebabnye.. Tahniah bg yg dpt "durian runtuh" tahun ni, hrp2 rezeki berterusan untuk tahun 2012 ye.
Tahun 2011 akan meninggalkan kite sehari jek lagi. Banyak kenangan yg terindah dan yg tak berape nak indah tinggal dlm memori kite kan? So bg aku kenangan yg terindah untuk tahun 2011 ni sudah tentula 10.07.2011, ehem itu tarikh nikah yep for surela ingat smpai biler2 insyaALLAH.(wah bosannye ayat aku).
Okeh bercerita pasal BONUS, kembali kepada topik asal. Untuk tahun ni aku takdela dpt bonus, sbb terlalu baru aku dlm company ni. Baru masok setahun lebih sket jek. Lagi 1 sbb adalah kerane company aku ni baru je nak menapak , baru nak bertatih la katekan. So takpe, harap dgn berkat usaha gigih pekerja2 dan bos yg baik hati(cewah) moga2 tahun hadapan kami dikurniakan bonus berganda2 dari bos. Tenkiu bos (ucapan advance untuk tahun dpn ekekekek :P).
Nak cite pasal bonus lagi.. walaupun aku tak dpt bonus berupa wang ringgit tapi syukur kehadrat Ilahi sbb dpt BONUS BESAR untuk kami suami isteri. Terima kasih Ya ALLAH dgn kurniaan rezeki dan amanah mu ini. Sujud syukur ku untuk mu Ya ALLAH.
Nak tau apekah? hehehehe.

Amanah yg telah dikurniakan ALLAH untuk encik suami dan aku. Berumur 9 minggu semalam. Dan semalam jugak pertama kali scan. Petama kali ayah dan ibu melihatmu wahai zuriat amanah ALLAH. Semoga kamu terpelihara dari segala2nya.
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah,peliharalah anakku selama di dalam kendungan dan sembuhkanlah ia,Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawarMu,sembuhan yang tidak meninggalkan kesan buruk.
Ya Allah,lahirlah ia dari kandunganku dgn kelahiran yang mudah dan sejahtera(selamat).
Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik berakal,berilmu serta beramal soleh.
Ya Allah,elokkan akhlaknya,(perangainya),fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya tuk membaca hadis dan al quran dgn berkat Nabi Muhammad S.A.W''
Wahai sahabat2 kesayangan ku semua, mintak doa dari kalian untuk kami berdua ye. Terima kasih.